Wednesday, February 23, 2011

Kejohanan Road Run

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Pada 29 Januari 2011, Unit Kokurikulum Sutas telah menjalankan Kejohanan Road Run peringkat sekolah yakni kejohanan tetap yang akan dijalankan setiap tahun. Jutaan tahniah diucapkan kepada jawatankuasa kejohanan yang tidak henti-henti mengerah keringat untuk mencapai impak positif terutamanya kepada En. Shabul Fadilah dan En. Roslan Jaafar selaku setiausaha dan naib setiausaha unit sukan.

Kejohanan road run yang bermula pada jam 7.30 pagi itu telah disertai oleh 5 buah rumah sukan iaitu rumah merah, kuning, hijau, ungu dan biru. Sambutan yang diterima juga amat menggalakkan dan boleh dilihat para pelajar bersaing secara positif untuk menempatkan diri mereka dalam kalangan yang terbaik. Semangat yang ditunjukkan oleh para guru juga amat mengujakan dengan teriakan sokongan padu, perang psikologi dan sebagainya.

Setelah penat bersaing dan kiraan markah diambil, tibalah masa untuk mengumumkan para pemenang Kejohanan Road Run Sutas 2011. Perasmian penutup dan upacara penyampaian hadiah dilancarkan oleh Tuan Pengetua, Tuan Hj. Arbain Bin Pinni. Tahniah kepada RUMAH HIJAU kerana telah berjaya merangkul piala kejuaraan kejohanan kali ini!








Saturday, February 19, 2011

Mesyuarat Agung Badan Beruniform, Kelab dan Persatuan

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Pada 27, 28 dan 31 Januari 2011, Unit Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas telah memulakan aktiviti pertama dengan mengadakan Mesyuarat Agong Badan Beruniform, Kelab dan Persatuan mengikut takwim yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan. Semua mesyuarat bermula pada jam 12.30 tengahari dan berakhir pada jam 1.30 petang dengan diiringi oleh guru penasihat kelab dan persatuan masing-masing.

Beberapa perkara berikut telah dibincangkan oleh semua unit beruniform, persatuan dan kelab. Antaranya ialah:
1. Perlantikan Jawatankuasa
2. Kadar Bayaran Yuran Tahunan
3. Perancangan Aktiviti Tahunan
4. Perjumpaan mingguan dan sebagainya.

Adalah diharapkan agar, segala perancangan berjalan lancar dan setiap persatuan dn kelab dapat mencapai setiap misi yang telah ditetapkan. Moga tahun ini, jumlah pelajar yag mewakili sekolah amnya dan ke peringkat daerah dan kebangsaan khasnya lebih ramai berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Terima Kasih.

Selamat Datang

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Selamat datang kepada semua pengunjung web rasmi Unit Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas Gombak Selangor. Web rasmi ini diwujudkan khas yang bertujuan untuk memberi informasi kepada guru-guru dan para pelajar Sutas mengenai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Koko Sutas. Segala pencapaian terbaik Unit Koko Sutas dan aksi pelajar dalam aktiviti Koko juga akan diselitkan sebagai salah satu elemen di dalam web rasmi. Selain itu, ia juga bertujuan sebagai satu "media networking" di antara sekolah-sekolah di Malaysia dalam usaha untuk berkongsi maklumat, kerjasama dan sebagainya. Adalah diharapkan agar kewujudan web rasmi ini dapat memudahkan semua ahli dalam komunikasi di alam maya dan seterusnya meletakkan pencapaian kokurikulum seiring dengan pencapaian akademik di SMK Sungai Kertas.

Terima kasih.